let's feeling

Thursday, December 1, 2011

Stress Yang Mengatasi Segala-segalanya  :??


Stress?? Ya! memang aku tgah menghadapi krisis yang sangat stress kala ni..tak kira la bulan mengambang ke,separa bulan ke,sabit ke semua dah tak jadi pandangan lagi. Huh! ( asyik mengeluh aje! ;p ) Oh Cik Sha!
Mengapa selalu aje nak mengeluh..apa je yang tak buat Cik Sha nie mengeluh, semua benda mmg nak mengeluh.. Kadang-kadang terbit rase nak marah je dalam hati.. Bagaimana ya nak atasi stress yang sangat melampau nie.. Kowang ade?? haha! Sini Cik Sha nak share cara-cara menghilangkan stress. Nie di antara yang saya baca nak di share kan bersama kowang...

10 Cara Menghilangkan Stress

1. Apabila ada orang lain memaksakan kehendaknya pada kamu dan membebani kamu dengan kesulitannya, belajarlah mengatakan tidak! Kerana ini lebih baik daripada kamu menderita dalam hati.
2. Jangan selalu tergantung pada orang lain, berusahalah sendiri.
3. Jangan berburuk sangka bahawa orang lain akan menghina atau membicarakan kamu.
4. Jangan selalu mengingat kesalahan di masa lalu, perasaan bersalah, penyesalan yang dalam dapat menyulitkan keadaan, kerana ia akan menguasai segenap fikiran dan tenaga kamu.
5. Janganlah menyimpan kemarahan dan frustasi. Utarakan dan bicarakan dengan orang yang bertanggung jawab atas terjadinya hal tersebut.
6. Luangkan waktu setiap hari, dan mulailah kegiatan baru.
7. Janganlah menjadi pengendara yang agresif, mengalahlah pada ‘setan jalanan’. Jalankan kendaraan dengan sikap mengalah.
8. Janganlah menyimpan rasa dengki dan cemburu, kerana rasa dengki dan cemburu memakan diri.
9. Jangan membiasakan sikap terburu-buru, sebab akan menjurus pada kesalahan, penyesalan dan stress.
10. Terakhir,tanamkan pada fikiranmu bahawa kamu boleh mengatasi masa-masa tertekan ini dengan penuh semangat! Kerana Tuhan selalu bersamamu. :)

Jangan jadikan tulisan ini sebagai “suatu tamparan”. Jika memang kamu benar-benar ingin menghilangkan rasa tertekan atau stress maka yakinlah bahawa kamu boleh melakukan cara-cara diatas. ;)

Terima kasih daun keladi, Ada masa bace lagi yek! :)




My Daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
COPYRIGHT.ALL RESERVED BY SHA FADZLY